Apa yang kita faham dengan kehidupan??
Apa itu kehidupan??
Pernahkah kita kehilangan apa-apa dalam kehidupan kita??
Apa yang kita ada dalam kehidupan ini??
Adakah apa yang kita ada dalam kehidupan ini adalah untuk selama-lamanya??
Atau apa yang kita ada adalah untuk sementara sahaja??
Adakah apa yang kita ada hanyalah satu mimpi??
Untuk apa kita hidup dalam dunia ini??
Untuk terus hidup??
Untuk mendapat kekayaan??
Untuk mendapat kebahagiaan??
Untuk mendapat kasih-sayang??
Sebenarnya tujuan dalam kehidupan ialah untuk memberi
Kehidupan ialah memberi kepada yang memerlukannya…..
Pernahkah kita memberi apa-apa kepada manusia atau hidupan yang lain yang memerlukannya??
Kenapa manusia selalu mementingkan diri sendiri??
Manusia seharusnya tolong menolong dan memberi kebahagiaan kepada hidupan yang lain…
Dengan memberi kita akan mendapat kebahagiaan setelah melihat hidupan lain bahagia….
Itulah sebabnya kita hidup dalam dunia ini….
Memberi kabahagiaan adalah nilai murni yang tertanam dalam diri kita sejak kita lahir…
Tetepi nilai itu semakin hilang setelah kita membesar….
Bilakah kali terakhir kita ternampak kebahagiaan dalam diri kita??
Membeli-belah, bermain, tidur dan mempunyai harta yang banyak bukanlah kebahagiaan, semua ini hanyalah kegembiraan yang sementara sahaja…
Kebahagiaan yang sebenar akan kita ketahui bila kita benar benar memahami keperluan orang lain dan menghulurkan bantuan kepada mereka dan bila kita ternampak mereka gembira, dan perasaan yang timbul ialah kebahagiaan yang tidak akan kita lupakan…….